TALBISUL-IBLIS (PERANGKAP IBLIS)

7 10 2012
إن الحمد لله نحمده ونستعينه ونستغفره, ونعوذ باالله من شرور انفسنا ومن سيئات اعمالنا, من يهده الله فلا مضل له ومن يضلل فلا هادي له. ونشهد أن لا إله الا الله وحده لاشريك له ونشهد أن محمدا عبده ورسوله.

Segala puji bagi Allah, kami memuji-Nya dan kami memohon pertolongan-Nya dan kami memohon keampunan-Nya, dan kami berlindung kepada Allah dari keburukan diri kami dan dari keburukan perbuatan kami. Sesiapa yang diberi petunjuk oleh Allah maka tiadalah kesesatan baginya dan sesiapa yang disesatkan oleh Allah maka tiadalah petunjuk baginya. Kami bersaksi bahawa tiada tuhan kecuali Allah yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya dan kami bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba-Nya dan Rasul-Nya.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman,

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلا تَمُوتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُونَ

Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah sebenar-benar takwa kepada-Nya; dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam.” (Surah ali-‘Imran, 3: 102)

يَا أَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوا رَبَّكُمُ الَّذِي خَلَقَكُمْ مِنْ نَفْسٍ وَاحِدَةٍ وَخَلَقَ مِنْهَا زَوْجَهَا وَبَثَّ مِنْهُمَا رِجَالا كَثِيرًا وَنِسَاءً وَاتَّقُوا اللَّهَ الَّذِي تَسَاءَلُونَ بِهِ وَالأرْحَامَ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلَيْكُمْ رَقِيبًا

Wahai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhan-mu yang Telah menciptakan kamu dari seorang diri, dan dari padanya Allah menciptakan isterinya. Dan dari pada keduanya Allah memperkembang biakkan laki-laki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan Mengawasi kamu.” (Surah an-Nisaa’, 4: 1)

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَقُولُوا قَوْلا سَدِيدًا (٧٠) يُصْلِحْ لَكُمْ أَعْمَالَكُمْ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَمَنْ يُطِعِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَقَدْ فَازَ فَوْزًا عَظِيمًا(٧١)

Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dan katakanlah perkataan yang benar, nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.” (Surah al-Ahzab, 33: 70-71)

أما بعد,

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda,

فَإِنَّ أَصْدَقَ الْحَدِيثِ كِتَابُ اللَّهِ وَأَحْسَنَ الْهَدْيِ هَدْيُ مُحَمَّدٍ وَشَرُّ الأُمُورِ مُحْدَثَاتُهَا وَكُلُّ مُحْدَثَةٍ بِدْعَةٌ وَكُلُّ بِدْعَةٍ ضَلاَلَةٌ وَكُلُّ ضَلاَلَةٍ فِي النَّارِ

Sesungguhnya perkataan yang paling benar adalah Kitabullah. Sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad Shalallahu ‘alaihi wa sallam. Sedangkan seburuk-buruk perkara adalah yang diada-adakan dan semua yang diada-adakan adalah bid’ah. Semua yang bid’ah adalah sesat dan semua yang sesat tempat kembalinya adalah neraka.” (Hadis Riwayat an-Nasaa’i, Bab: Kaifa al-Khuthbah, 6/27, no. 1560)

TALBISUL-IBLIS TERHADAP GOLONGAN BATHINIYYAH

Golongan Bathiniyyah adalah sekumpulan orang-orang yang bersembunyi di balik nama Islam, namum mereka cenderung untuk menolaknya. Keyakinan dan amal mereka sama sekali bertentangan dengan Islam. Di antara ini perkataan mereka adalah

  • Meniadakan Sang Pencipta
  • Menggugurkan Nubuwwah (Kenabian) dan ibadah
  • Serta mengingkari kebangkitan

Pada awalnya mereka tidak menampakkan semua ini, tetapi mereka tetap menyatakan bahawa Allah itu benar, Muhammad dan Islam itu benar. Tentu saja mereka menyatakan pendapatnya secara sembunyi-sembunyi dan tidak berani terang-terangan. Setelah Iblis berhasil memperdaya (memasang perangkapnya-ed) mereka, maka mereka pun semakin berani. Mereka mempunyai banyak pendapat dan mereka juga mempunyai 8 sebutan iaitu

  1. Bathiniyyah

Mereka disebut bathiniyyah, kerana mereka beranggapan bahawa zahir Al Qur’an dan hadith itu mempunyai batin, yang boleh dilepaskan dari zahirnya seperti isi yang boleh dilepaskan dari kulitnya. Dengan menggambarkan yang batin ini, orang yang jahil boleh membayangkan gambaran-gambaran yang jelas, yang di kalangan para ulama’ disebut dengan istilah simbol dan isyarat untuk mencapai hakikat yang tersembunyi. Menurut mereka, siapa yang membawa akalnya kepada hal-hal yang tersembunyi, rahsia, hal-hal batin dan serta merasa puas dengan zahirnya, yang di sanalah terhadap kewajipan-kewajipan syari’at, lalu naik ke ilmu batin, maka dia boleh terbebas dari beban syariat. Menurut mereka, orang semacam inilah yang dimaksudkan dalam firman Allah:

وَ يَضَعُ عَنْهُمْ إِصْرَهُمْ وَ الْاَغْلٰلَ الَّتِىْ كَانَتْ عَلَيْهِمْ

Dan, mereka membuang beban-beban dan belenggu-belenggu yang ada pada diri mereka” Al A’raf 7: 157)

Ertinya, menurut mereka (golongan Bathiniyyah) bahawa mereka harus melepaskan diri dari aqidah yang mengharuskan mereka melakukan hal-hal yang zahir, sehingga mereka bole menciptakan hukum mereka sendiri secara batil dan menggugurkan ketentuan syariat.

[Sedangkan maksud ayat di atas adalah di dalam tafsir Ibnu Kathir, beliau رحمه الله menjelaskan;

(ayat ini) ertinya beliau datang untuk memberikan kemudahan (rukhsah) dan toleransi. Nabi صلى الله عليه وسلم mengatakan kepada dua amir (utusan)nya, Mu’az dan Abu Musa al-Asy’ari رضي الله عنهما, ketika beliau mengutus keduanya ke Yaman,

Berilah khabar gembira dan jangan membuat mereka menjauhkan (diri). Mudah-mudahanlah dan jangan mempersulit, serta patuhilah dan jangan berselisih.

[HR Bukhari no. 3038 dan Muslim no. 1733]

Sahabatnya Abu Barzah al-Aslami mengatakan;

Aku telah bersahabat dengan Rasulullah صلى الله عليه وسلم dan aku mengetahui kemudahan yang diberikan olehnya.” Sementara, syari’at umat-umat terdahulu sebelum kita ada yang menyulitkan mereka, lalu Allah melapangkan berbagai urusan umat ini dan memudahkannya untuk mereka.” (Tafsir Ibn Kathir (IX/m/s 699)

Dalam syar’iat yang dibawa oleh Rasulullah صلى الله عليه وسلم, tidak ada lagi beban yang berat yang dipikulkan kepada Bani Israel. Umpamanya: mensyariatkan membunuh diri untuk sahnya taubat, wajib qisas pada pembunuhan, baik yang sengaja atau tidak tanpa boleh membayar diyat (ganti rugi), memotong anggota badan yang melakukan kesalahan, membuang atau menggunting kain yang kena najis. -ed]

  1. Isma’iliyah

Mereka menisbatkan (mengkaitkan) diri kepada nama pemimpin mereka, Muhammad bin Isma’il bin Ja’far. Mereka berpendapat bahawa giliran imamah harus berhenti pada dirinya, kerana dia merupakan imam yang ketujuh. [Ini merupakan ajaran dari Syiah Isma’iliyyah yang mengagungkan imamah mereka. Maka jelas golongan bathiniyyah mempunyai hubung kait dengan Syiah yang mengamalkan dan mengagungkan imamah (imam-imam) mereka yang 12-ed]. Mereka beralasan kerana langit itu tujuh, begitu pula bumi. Keran itu kelanjutan imamah harus disempurnakan pada bilangan tujuh pula. Pemikiran seperti ini pula yang berkaitan dengan pendapat al-Manshur, dengan urutannya secara turun-temurun: al-Abbas, Abdullah, Ali, Muhammad bin Ali, Ibrahim, as-Saffah, kemudian al-Manshur.

  1. Sab’iyah

Mereka disebut kelompok Sab’iyah kerana dua hal:

  • Mereka yakin bahawa period imamah itu harus tujuh. Pada giliran ketujuh yang terakhir merupakan giliran yang menjadi tanda Hari Kiamat.
  • Pengaturan alam bawah tergantung kepada tujuh planet:

Saturn, Jupiter, Venus, Matahari, Mercury dan Bulan.

  1. Babakiyah

Mereka merupakan kelompok yang mengikuti seorang pemimpin yang bernama Babak al-Khurrrami yang tadinya menjadi pengikut Bathiniyyah. Dia merupakan anak dari hubungan zina. Dia muncul di tengah penduduk di sebuah pergunungan di wilayah Azerbaijan pada tahun 201Hijriyyah. Di sana di mendapat pengikut yang banyak dan menghalalkan hal-hal yang dilarang. Jika dia melihat di suatu rumah ada wanita yang cantik, maka dia meminta wanita itu untuk dirinya. Jika keluarga itu menolak, maka dia akan membunuh mereka dan mengambil wanita yang dimaksudkan. Dia menetap di wilayah itu selama 20 tahun dan sudah membunuh 80,000 orang. Ada (riwayat) yang mengatakan 50,500 orang. Dia dan para pengikutnya dapat ditundukkan al-Mu’tashim. Bersama seorang saudaranya, Babak dibawa ke hadapan al-Mu’tashim pada tahun 220 Hijriyyah. Al-Mu’tashim berkata:

Hai Babak, engkau telah melakukan sesuatu yang tidak pernah dilakukan seorang pun. Maka sekarang bersabarlah dengan suatu kesabaran yang belum dilakukan seorang pun.”

Engkau akan melihat kesabaranku.” Jawab Babak.

Lalu al-Mu’tashim memerintahkan untuk memotong keduat tangan dan kakinya. Ketika hukuman itu sudah dilaksanakan, Babak melumuri wajahnya dengan darahnya sendiri. Al-Mu’tashim bertanya:

Rupanya engkau benar-benar seorang pemberani. Tetapi mengapa engkau melumuri wajahmu dengan darah? Apakah engkau takut mati?”

Sama sekali tidak.” Jawab Babak. “Tetapi ketika engkau memotong anggotak badanku, dari sana darahku pun mengalir. Maka aku khuatir ada yang mengatakan bahawa wajahku pucat kerana takut mati. Kerana itu aku melumuri wajahku dengan darah, agar kalau pun aku benar-benar pucat, tidak akan kelihatan.”

Setelah itu lehernya dipenggal dan jasadnya dimasukkan ke dalam api. Begitu pula yang dijatuhkan terhadap saudaranya Babak. Sekalipun diperlakukan seperti itu, keduanya sama sekali tidak menunjukkan rasa takut, tidak mengaduh dan berteriak. Sungguh Allah melaknat keduanya.

Babakiyah ini masih berbaki satu kelompok yang mempunyai satu kebiasaan, bahawa pada satu malam dalam setiap tahunnya, mereka berkumpul di suatu tempat, laki-laki dan wanita. Lampu tempat itu dipadamkan, lalu yang laki-laki mencari seorang wanita. Mereka menyamakan hal ini dengan berburu, sementara berburu itu dihalalkan (berburu binatang adalah halal dari segi syariat, bagaimana boleh diqiaskan dengan berburu terhadap perbuatan zina! Na’uzubillahi min zaalik-ed)

  1. Muhammirah

Mereka disebut begitu kerana mereka mencelup kain mereka dengan warna merah, lalu mereka mengenakannya.

  1. Qaramithah

Ada dua sebab mereka disebut begitu menurut pakar sejarah iaitu:

  • Ada seorang lelaki dari penduduk Khuzistan yang mendatangi para pemuka Kufah sambil memperlihatkan kezuhudannya dan mengajak mereka untuk mengikuti seorang imam dari keluarga Rasulullah صلى الله عليه وسلم. Dia singgah di rumah salah seorang di antara mereka yang disebut Karamaithah. Namun penguasa wilayah itu menangkapnya lalu mencampakkannya ke dalam penjara. Ada seorang gadis yang merasa kasihan terhadap nasibnya. Maka gadis itu mengendap-ngendap mengambil kunci yang disimpan di bawah bantal sang penguasa. Setelah kunci di tangan, gadis itu membuka pintu sel penjara, mengeluarkannya lalu mengembalikan kunci ke bawah bantal seperti keadaan asal. Ketika penguasa it melihat ke dalam sel dan tidak mendapatkannya, maka orang-orang menjadi simpati kepada orang tersebut. Lalu dia pindah ke Syam dan menamakan dirinya Karamaithah, seperti nama orang yang menampungnya di Kufah. Lalu dia memendekkan namanya agar lebih mudah dilafazkan dengan sebutan Qarmath. Sepeninggalnya, dia digantikan keluarga dan anak-anaknya.
  • Orang-orang menyebut Qaramithah kerana menisbatkan kepada pemimpinnya yang bernama Hamdan Qarmath. Setelah banyak pengikutnya, mereka disebut Qaramithah atau Qarmathiyah. Orang yang berasal dari penduduk Kufah, yang condong kepada zuhud. Dia bertemu sala seorang penyeru Bathiniyah di sebuah perismpangan ketika dalam perjalanan ke sebuah desa.

Hamdan : “Ke mana tujuanmu?” ditanya kepada pengikut Bathiniyah yang dianggapnya seorang pengembala.

Orang itu menyebutkan desa Hamdan.

Hamdan : “Naiklah sapiku ini, agar engkau tidak letih.”

Orang Bathiniyyah: “Aku tidak diperintahkan untuk naik sapi.”

Hamdan : “Sepertinya engkau tidak berbuat sesuatu melainkan berdasarkan perintah?”

Orang Bathiniyah : “Benar.”

Hamdan : “Atas perintah siapa?”

Orang Bathiniyah : “Atas perintah penguasa diriku, penguasa dirimi, penguasa dunia dan akhirat.”

Hamdan : “Bererti di adalah Allah Rabbul-‘alamiin?”

Orang Bathiniyah : “Engkau benar,”

Hamdan : “Apa tujuanmu datang ke desa itu?”

Orang Bathiniyah : “Aku diperintahkan untuk menyeru penduduknya dari kebodohan kepada ilmu, dan kesesatan kepada petunjuk, dari penderitaan kepada kebahagian, agar aku membantu mereka dari kesusahan.”

Hamdan : “Kalau begitu, tolonglah aku, nescaya Allah akan menolongmu. Curahkan ilmu kepadaku, agar aku tetap dapat hidup, kerana aku dapat memerlukan keadaan yang demikian itu.”

Orang Bathiniyah : “Aku tidak diperintahkan untuk membocorkan rahsia yang tersimpan rapi kepada semua orang, kecuali

setelah percaya kepadanya dan membuat perjanjian dengannya.”

Hamdan : “Apakah perjanjiannya.”

Orang Bathiniyah : “Engkau harus menjadikan diriku sebagai imam atas dirimu berdasarkan sumpah dan janji kepada Allah,

engkau tidak boleh membocorkan rahsia imam yang akan kusampaikan kepadamu dan rahsia macam apa pun.”

[Ini adalah bai’at yang tidak syar’i seperti kehendak Rasulullah dan para sahabat yang menunjukkan bai’at hanya kepada kepimpinan khalifah di zaman pemerintahan Islam, yang mana pemerintahan demikian tidak ada lagi di zaman kini.-ed]

Kemudian orang tersebut mengajarinya berbagai macam ilmu dan memerintahkannya untuk menyebarkan ilmu itu kepada manusia. Maka Hamdan menjadi penyeru pertama kepada bid’ah ini, lalu para pengikutnya disebut Qaramithah.

Keluarga dan keturunannya terus mewarisi ajaran-ajaran Hamdan. Di antara mereka yang paling sadis adalah yang bernama Abu Sa’id, yang mulai punya nama pada tahun 286 Hijriyah. Entah sudah berapa orang Muslim yang menjadi korban kebiadabannya, berapa masjid yang dia bakar dan berapa banyak mushaf Al Qur’an yang dia musnahkan. Dia menghapus ibadah haji, membuat model-model tertentu bagi keluarga dan para pengikutnya. Jika membunuh seseorang, dia berkata, “Aku dijanjikan kemenangan pada saat ini.”

Ketika Abu Sa’id meninggal dunia, orang-orang membangun sebuah kubah di atas kuburannya, yang diujung atasnya diberi patung burung yang terbuat dari batu kapur. Mereka berkata, “Jika burung ini dapat terbang, maka Abu Sa’id akan keluar dari kuburnya.”

[Bagaimana mungkin ini terjadi sedangkan Allah telah berfirman:

وَ مِن وَّرآئِهِم بَزْزَخٌ إِلىَ يَوْمِ يُبْعَثُونَ

Dan di hadapan mereka (orang-orang yang telah mati) ada barzakh (dinding) sampai pada hari mereka dibangkitkan” (Al-Mukminun 23:100).

Kepercayaan kelompok ini penuh dengan khurafat dah tahayyul.-ed]

Di atas kuburnya juga ditambati seekor kuda, pakaian dan senjata. Iblis memperday kelompok ini bahawa siapa yang mati dan di atas kuburannya ditambatkan seekor kuda, maka dia akan dibangkitkan dan dihimpun pada Hari Kiamat sambil naik kuda. Jika tidak, maka dia akan dibangkitkan dalam keadaan berjalan kaki.

Mereka berselawat kepada Abu Sa’id dan tidak berselawat kepada Rasulullah صلى الله عليه وسلم. Jika mereka mendengar seseorang berselawat kepada Beliau صلى الله عليه وسلم, maka mereka akan berkata, “Apakah engkau memakan rezeki Abu Sa’id dan berselawat kepada Abul-Qasim?”

Setelah itu muncul Abu Thahir yang juga berbuat hal yang sama. Dia menyerang Ka’abah dan mengambil berbagai macam harta benda yang tersimpan di dalamnya dan mengambil Hajar Aswad dari tempatnya, lalu dia bawa ke negerinya.

  1. Khurramiyah

Khurram bukan termasuk kosakata Arab. Ertinya sesuatu yang mendatangkan kenikmatan dan kesenangan bagi manusia. Maksudnya, kelompok ini diberi kebebasan untuk mengikuti hawa nagsu dan mencari kesenangan, dengan cara bagaimana pun serta dibebaskan dari kewajiban syari’at. Kelompok ini mirip dengan Mazdakiyah, para penganut PERMISVISME, dari kalangan Majusi yang muncul pada era penguasa Qubadz. Kaum laki-laki juga diperbolehkan berhubungan dengan wanita-wanita mahramnya dan hal-hal yang diharamkan menjadi halal.

  1. Ta’limiyah

Mereka disebut begitu, kerana prinsip madzhab mereka menafikan fungsi akal dan menggugurkan pendapat macam apa pun. Mereka hanya boleh menerima pelajaran dari imam yang makshum. [Sekali lagi, seperti Syi’ah, mereka menganggap imam-imam mereka makshum, tidak berdosa dan tarafnya seperti taraf Nabi dan para Rasul Allah.-ed] Mereka tidak boleh menerima ilmu kecuali dengan cara belajar kepada imam itu.

Ketahuilah, bahawa mereka semuanya (orang-orang Bathiniyah ini) bermaksud memisahkan diri dari agama. Kerana itu mereka berkomplot dengan orang-orang Majusi, Mazdakiyah, Tsanwiyah, orang-orang ateis dan orang-orang falsafah (sufi). Mereka sampai kepada satu kesimpulan untuk melepaskan diri dari dominasi dan pengaruh para pemeluk agama terhadap diri mereka. Sampai-sampai mereka berani menyatakan keyakinannya yang mengingkari Sang Pencipta, mendustakan para Rasul dan mengingkari kebangkitan setelah kematian. Menurut mereka, para Nabi telah menyimpang dan kotor! Mereka melihat agama Muhammad telah tersebar ke mana-mana, sehingga mereka tidak sanggup menghadapinya. Namun mereka berkata

Kita harus mengikuti keyakinan segolongan di antara mereka, yang paling jernih akalnya, paling tepat pemikirannya, paling boleh menerima hal-hal yang dianggap mustahil dan membenarkan yang dusta-dusta, iaitu golongan Rafidhah (iaitu Syi’ah).

Ada baiknya jika kita membentengi diri dengan cara berhubungan dengan mereka dan mencintai mereka, dengan cara memperlihatkan kesedihan terhadap nasib yang menimpa keluarga Muhammad, yang dizalimi dan dihinakan.

Ada baiknya juga jika kita mencaci-maki orang-orang terdahulu yang telah menukil syari’at kepada mereka. Jika orang-orang terdahulu dihinakan, tentunya semua orang tidak akan mahu peduli terhadap apa yang mereka sampaikan, sehingga ada peluang bagi kita untuk mengalihkan (perhatian-ed) manusia dari agama.

Jika masih ada orang yang berpegang kepada zahir Al Qur’an dan as-Sunnah, maka kita beritahukan bahawa yang zahir itu mempunyai rahsia dari batin, bahawa siapa yang terpedaya oleh zahirnya adalah orang yang bodoh. Orang yang pandai adalah yang meyakini batinnya.”

Mereka juga berkata, “Kita harus memilih seseorang yang boleh membantu jalan pemikiran ini dan yang mahu mengaku bahawa dia berasal dari ahlul-bait (keturunan Rasulullah صلى الله عليه وسلم.) Kemudian semua orang diharuskan mengikuti orang itu dan taat kepadanya, kerana dia merupakan khalifah (penerus) Rasulullah صلى الله عليه وسلم, yang dijaga Allah dari kesalahan dan kekeliruan. Seruan ini sendiri tidak akan muncul dari diri khalifah yang makshum itu.”

Yang pasti, tujuan mereka adalah kedudukan dan keinginan menguasai harta benda manusia serta sebagai cara membalas dendam, kerana pada masa sebelumnya darah mereka ditumpahkan dan harta mereka dirampas. Inilah yang menjadi tujuan utama dan sekaligus sebagai pendorongnya.

Mereka mempunyai berbagai macam cara untuk menundukkan manusia. Mereka membeza-bezakan, siapa yang akan dijadikan sasaran. Jika mereka melihat seseorang hendak dijadikan sasaran, maka mereka melihat tabiatnya. Jika orang tersebut cenderung kepada zuhud, mereka menyerunya kepada amanah, kejujuran dan meninggalkan syahwat. Namun jika orang yang dihadapi cenderung kepada kebebasan, mereka mengatakan di hadapannya bahawa ibadah itu sia-sia, wara’ itu cermin kebodohan dan yang pandai adalah mengikuti kesenangan di dunia yang fana ini. Mereka juga menetapkan apa yang dirasa sesuai dengan madzhab yang dihadapinya, lalu menciptakan keragu-raguan. Sehingga yang bergabung dengan mereka ada dari kalangan orang-orang yang bodoh, putera-putera kaisar dari pemimpin orang-orang Majusi, yang dahulunya pemerintahan mereka pernah dihancurleburkan oleh pemerintahan Islam. Yang mahu bergabung dengan mereka juga orang-orang yang gila kedudukan, sehingga jik bergabung dengan mereka boleh membuka kesempatan untuk mendapatkan kedudukan itu, atau orang-orang Rafidhah, yang suka mencaci-maki para sahabat, atau falsafah yang ateis, atau orang yang tidak mempunyai pendirian dalam agama, atau orang yang sudah dikuasai kecintaan kepada kesenangan dan tidak mahu mengerjakan kewajiban yang dibebankan.

Abu Hamid ath-Thusi berkata:

Golongan Bathiniyah adalah orang-orang yang mengaku Islam, namum cenderung kepada Rafidhah (Syi’ah). Keyakinan dan amal mereka sangat bertentangan dengan ajaran Islam. Di antara pendapat mereka adalah tentang adanya dua tuhan yang terdahulu dan tanpa ada permulaannya. Namun yang satu merupakan penyebab munculnya tuhan yang lain. Yang lebih dahulu tidak boleh disifati sebagai

  • ada atau tidak ada,
  • diketahui atau tidak diketahui,
  • disifati atau tidak disifati

Dari yang pertama ini muncul tuhan yang kedua. Menurut mereka, Nabi صلى الله عليه وسلم merupakan ungkapan tentang seseorang yang mendapat limpahan kekuatan yang suci dan jernih dari tuhan yang pertama, (maka) terjadi tuhan yang kedua. Menurut mereka, Jibril merupakan ungkapan tentang akal, bukan merupakan sosok tubuh.

[Ini adalah pemikiran Wahdatul Wujud yang mempercayai adanya kesatuan Tuhan dengan makhluk ciptaanNya yang banyak diamalkan oleh tarekat-tarekat sufi yang ada-ada. Ini juga sama dengan pemikiran tarekat NurMuhammad di mana makhluk pertama yang diciptakan Allah adalah NurMuhammad. Dari NurMuhammad ini kemudiannya makhluk selainnya diciptakan.

Hal ini sangat bertentangan dengan sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم yang menjelaskan bahawa makhluk pertama yang Allah ciptakan adalah Qalam.

Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda,

Sesungguhnya yang pertama kali pertama diciptakan Allah adalah Qalam (pena), maka Allah Ta’ala berfriman kepadanya, ‘Tulislah!’ Qalam berkata, ‘Rabbku, apa yang akan kutulis?’ Allah Ta’ala berfirman, ‘Tulislah qadar dan semua yang terjadi sampai waktu yang panjang (iaitu Hari Kiamat)’”

[HR Ahmad dari beberapa jalur sanad, at-Tirmidzi dari hadith Abu Dawud ath-Thayalisi, dia berkata, “Ini adalah hadith hasan shohih ghorib.” Dari kitab Thufatul Ahwadzi (IX/232)

Hal ini juga boleh difahami dengan mentelaah kitab Sejarah Pemikiran II oleh Prof. Dr Sulaiman Nordin, UKM-ed]

Mereka sepakat bahawa setiap zaman harus ada imam yang makshum, yang menegakkan kebenaran, yang menjadi rujukan ta’wil semua kejadian yang ada dan sama kemakshumannya dengan Rasulullah صلى الله عليه وسلم. Mereka mengingkari tempat kembali (ma’ad). Kerana makna ma’ad adalah kembalinya sesuatu kepada asalnya, yang bererti kembalinya jiwa kepada asalnya.

Ketika mereka tidak mampu mengalihkan perhatian manusia dari Al Qur’an dan as-Sunnah, maka mereka mengalihkan makna yang sesungguhnya kepada pendapat-pendapat yang aneh. Sebab jika mereka menafikan Al Qur’an dan as-Sunnah secara terus terang, tentu mereka akan dibunuh.

Mereka mengatakan “Tatkala Allah menciptakan roh, maka Dia muncul di tengah roh-roh yang diciptakanNya dalam rupa orang yang tua nyanyuk. Mereka tidak menyedari lelaki tua itu adalah Allah. Yang pertama kali mengenalnya adalah Salman al-Farisi, Al-Miqdad dan Abu Dzar. Adapun yang pertama kali mengingkariNya adalah Iblis bernama Umar bin Al Khattab.

[Ini adalah sahabat-sahabat yang tidak dikafirkan dan dicaci maki oleh golongan Rafidhah (Syiah)-ed]

Semua khurafat yang mereka ciptakan ini tidak perlu disebut secara panjang lebar, kerana hanya akan menghabiskan waktu. Orang-orang semacam mereka tidak hanya berpegang kepada shubahat yang memerlukan bandingan, tetapi mereka juga menciptakan model-model baru berdasarkan kehidupan mereka, sesuai dengan keinginan mereka.

Ibnu Aqil berkata, “Islam menjadi rosak kerana talbis dua golongan, Bathiniyah dan Zhahiriyah. Golongan Bathiniyah mengabaikan syariat dan tidak menerima penjelasannya. Sehingga tidak ada baki sedikit pun dalam syariat. Tetapi sebaliknya mereka meletakkan makna tersendiri, lalu mereka menggugurkan yang wajib dan yang dilarang.

Sedangkan Zhahiriyah mengambil dari yang zahir, sekalipun ia masih memerlukan ta’wil, lalu mereka menta’wil (mengubah) Asma’ was Sifat Allah sesuai dengan jalan fikiran mereka. Yang benar adalah antara dua golongan ini. Kita harus mengambil yang zahir selagi tidak ada dalil lain yang mengalihkan kita darinya. Kita harus menolak segala yang batin yang tidak didukung satu pun dalil syariat.”

[ Talbisul Iblis, m/s 147-155, Ibnul Qayyim al-Jauzi]

TALBISUL-IBLIS TERHADAP GOLONGAN RAFIDHAH (SYI’AH)

Mereka (Syi’ah) juga mempunyai beberapa pendapat dalam masalah fiqh, yang mereka ciptakan dan telah mereka sepakati. Kami nukil sebahagian permasalahannya dari penuturan Ibn Aqil. Dia berkata,

Menukil pendapat-pendapat ini dari kitab Al-Murtadha fima Infaradatil-Imama. Di antaranya disebutkan:

  1. Tidak boleh sujud di atas hamparan yang bukan tanah atau dedaunan. Sujud di atas permaidani, kulit atau kain kapas adalah tidak sah

[Ini bertentangan dengan hadith Rasulullah صلى الله عليه وسلم, yang membawa maksud antara kelebihan yang Allah beri kepada umat ini adalah seluruh bumi ini suci untuk dijadikan tempat ibadah, kecuali dalam hadith lain menerangkan tempat yang kotor dan dilarang untuk beribadah adalah tandas dan kuburan.]

  1. Istijmar (membersihkan hadats dengan batu) tidak berlaku untuk kencing, tetapi hanya untuk kotoran saja.
  2. Mengusap rambut (ketika wudhu’) dengan sisa air yang menempel di tangan, tidak mendapat pahala.
  3. Mengharamkan wanita Ahli Kitab.
  4. Thalaq dianggap tidak sah setelah ada dua orang saksi yang adil.
  5. Siapa yang tidur sejak petang, sehingga belum mendirikan solat Isya’, lalu tengah malam dia bangun, maka dia harus mengqadha’ solat isya’nya itu, lalu esoknya dia harus berpuasa sebagai kafarah bagi kelalaiannya.
  6. Wanita yang memotong rambutnya harus membayar kafarah, sebagaimana dia telah melakukan pembunuhan secara tidak sengaja.
  7. Siapa yang menikahi seorang wanita, padahal wanita itu masih mempunyai suami, sementara dia tidak tahu hal itu, maka dia harus mengeluarkan sadaqah sebanyak 5 dirham.
  8. Peminum khamar yang sudah dijatuhi hukuman pada kedua kalinya, maka dia harus dibunuh pada kali ketiganya.
  9. Pemotongan tangan pencuri pada pangkal jarinya, sehingga telapak tangannya masih utuh. Jika dia mencuri lagi, maka kaki kirinya yang harus dipotong. Jika dia mencuri lagi pada kali ketiganya, maka dia dimasukkan ke penjara hingga mati.
  10. Mereka mengharamkan ikan yang hidup di air dan daging haiwan yang dibunuh Ahli Kitab.
  11. Penyembelihan harus dilakukan dengan menghadap ke arah kiblat.
  12. Mereka tidak mahu solat berjamaah dengan yang lain, kerana mereka menuntut imam yang makshum, dan mereka juga senantiasa mencaci maki para Sahabat Baginda.

Sedangkan dalam sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم,

لاَ تَسُبُّوا أَصْحَابِي فَإِنَّ أَحَدَكُمْ لَوْ أَنْفَقَ مِثْلَ أُحَدٍ ذَهَبًا مَا أَدْرَكَ مُدًّ أَحَدِهِمْ وَلَا نَصِيْفَهُ.’

Janganlah kalian mencaci para Sahabatku, kerana jika salah seorang di antara kalian yang menginfakkan harta emas sebesar gunung Uhud, maka ia tidak akan dapat menyamai satu mud salah seorang di antara mereka, tidak pula separuh darinya.”

Dan masih banyak masalah-masalah lain yang telah mereka (ijmak ulama’) sepakati. Yang pasti, semua ini merupakan talbis Iblis dan tipu dayanya terhadap mereka, apalagi mereka semua sama sekali tidak melandaskannya kepada athar atau pun kepada qias. Keburukan-keburukan Rafidhah terlalu banyak untuk disebutkan di sini.

[Talbisul Iblis m/s 143-144, Ibnul Qayyim al-Jauzi]








Abu Yusof Ibn 'Abdullah

Hidup Sunnah Jauhi Bid'ah

MUHAMMAD WASITHO ABU FAWAZ

HIDUP BAHAGIA DI ATAS TAUHID DAN SUNNAH

Ibnu Taimiyah

Menguak keagungan seorang Syaikhul Islam

Maktabah Abi Humaid

"Sederhana dalam As-Sunnah lebih baik daripada bersungguh-sungguh di dalam bid'ah"

Ustaz Idris Sulaiman

Berpegang dengan Al-Quran dan Sunnah Mengikut Pemahaman Salaf Al-Soleh

Kisah Teladan & Sejarah Islam

Hidup Sunnah Jauhi Bid'ah

Firanda Andirja Official

Hidup Sunnah Jauhi Bid'ah

..

Hidup Sunnah Jauhi Bid'ah

Mashoori's Blog

Menuju Kegemilangan Melalui Dakwah Salafiah

Ilmusunnah.com

Hidup Sunnah Jauhi Bid'ah

Hidup Sunnah Jauhi Bid'ah

Abu Abdillah Riduan Khairi

Siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir hendaklah dia berkata baik atau diam. (Bukhari & Muslim)

Dr Fathul Bari

Meniti Jalan Nabi dan Para Sahabat

HafizFirdaus.com ~ Islam untuk Semua

Hidup Sunnah Jauhi Bid'ah

One Aqidah

Hidup Sunnah Jauhi Bid'ah

Kajian Imam Syafie

Hidup Sunnah Jauhi Bid'ah